Saturday, September 27, 2014

JOM KURUS BERSAMA SHAKLEE - PART 1


INGINKAN BADAN LANGSING DAN SIHAT ???


Vitamin apa yang anda perlukan???  

kenape perlu  ambil detox?....

.Detox untuk proses membersihkan usus dimana segala tosin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Selepas dinding usus kita bersih baru badan kita dapat menyerapkan nutrien pada tahap optimum. 
Tahukah anda ..kunci asas untuk kurus adalah detox dulu...

Lecitin - Kenapa perlukan Lecitin? ... 

Lecitin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak lecitin dinamakan "pengemulasi semulajadi " kerana ia menpunyai kesan melekat kat lemak dalam perkataan ringkasnya ia menyebabkan lemak itu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrance..

Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kan...



Anda boleh pilih  set kurus shaklee ikut budget anda... Herb-lax / fiber --  fiber lebih optimum resultnya. 

Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberi anda rasa kenyang.. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan ..pembuangan akan mudah usus di cuci sepenuhnya jadi akan elak perut buncit , selain itu ia berfungsi juga untuk melancarkan penghadaman.

TESTIMONI




Thursday, September 25, 2014

DETOX - HERB LAX

KEPENTINGAN DETOX / MENCUCI USUS 

Info mengenai usus  mari kita sama-sama buat sedikit kajian...


  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana semua makanan yang kita makan akan diperoses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya Intestinal disorders   (gangguan dalam sistem percernaan - usus)
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran ( lapisan dinding )usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi   (melakukan proses pertukaran zat ) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundangkan pelbagai penyakit ( tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.

Mengapa detox / mencuci usus penting???

Anda perlu tahu perut adalah rumah  penyakit...

Detox diperlulan untuk  proses membersihkan usus dimana segala toksin ,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerapkan nutrien pada tahap optimum, 

Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau suplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Monday, September 15, 2014

EMPAYAR MFMS ...IS THE BEST GROUP

Kenapa saya join Shaklee???


Asslamualaikum dan salam sejahtera !!!!!

Semoga Semua sihat,kaya,berjaya dan bahagia disamping insan-insan tersayang dan apa jua yang anda lakukan.

Saya ada kisah menarik untuk kongsi  dalam entry kali ini...

       Dunia Multi Level Marketing (MMM) business.  Dunia yang sudah biasa dalam kehidupan saya. Sistemnya adalah sama, saya masih tidak kemana-mana seperti leader-leader yang lain. Saya faham kekuatan networking dan saya percaya yang pulangan sistem networking adalah lebih tinggi dari makan gaji.

           Banyak leader-leader yang hidup mewah dan berjaya.  Sedihnya nasib baik itu tidak pernah menyebelahi saya.   Sebab itu saya tidak terperanjat dengan  pendapatan kawan-kawan saya dalam bisnes shaklee yang ada sudah  Master Coodinator ade income 4 - 5 angka..

Pada masa itu saya ingat syaratnya perlu rajin bekerja dan berusaha.  Jadi salah diri sendiri kenapa  tidak berjaya.

           Bercerita mengenai shaklee  saya sebagai pengguna produk Shaklee sejak tahun 2000 lagi tetapi masa itu saya hanya pandai mengguna saja saya beli dari kawan-kawan tempat kerja. Masa itu tidak pula saya kenali perbagai set macam sekarang. 

Hanya saya tahu produk supplement Shaklee bagus seperti  Vit C, Vita-Lea, B complex dan Mealshakes itu yang biasa saya ambil untuk  kami sekeluarga.

          Saya pilih berdasar kesesuaian keperluan kesihatan untuk kami sekeluarga.   Masa tu saya sedang  menggandung anak bungsu saya yang  bertugas di hospital unit  kritikal, tempat yang sibuk saya  perlu sihat dan  cergas.

Allhamdullilah anak saya lahir sihat tiada masaalah kesihatan penjagaannya ok... kalau deman selesema pon yang biasa-biasa  2 - 3 hari dah ok... 

           Semasa bertukar tempat kerja dari Kelantan pada tahun 2004 saya terputus bekalan Supplement Shaklee... Kawan saya cadangkan saya untuk join business, jadi SID Shaklee di Penang.  

           Saya masih keberatan sebab saya baru kembali kesini, mana ada kawan-kawan sangat nak buat offline lagipon macam mana nak ke branch saya tidak mahir memandu kereta dalam kesibukan jalan raya di Penang.

Macam-macam  alasan, lagipon saya bekerja waktu pejabat, masa siang banyak habis di tempat kerja,  balik  urus anak-anak kecil  seramai lima orang tanpa pembantu,  suami pulak bertugas jauh keluar pagi malam baru sampai rumah...

               Suasana masa tu kalut sangat, selepas saya  dapat balik ke Peneng tidak lama suami pula kena tukar ke Selangor. Pendapatan saya dan suami masa itu terasa cukup aje  dan allhamdullilah kami sekeluarga selesa.   

              Sekarang saya kenal nama Shaklee jauh beza dari dulu,  melonjak naik,  saya terfikir pandai shaklee tukar strateji pemasaran dari offline ke online dari single item vitamin ke package/set lebih mudah dipasarkan.  Saya puji shaklee kerana berjaya dengan system marketing terbarunya..

Allhamdullilah anak-anak  pon sudah dewasa...Minat saya untuk bisnes kembali semula saya sedar saya business sebelum ini tanpa ilmu.  Saya Google cari program yang boleh membangunkan diri ... masa tu program Dr Azizan hangat diperkatakan kawan-kawan..

         Pada Mei 2014 saya hadir program Millionaire Marketing Mastery (MMM) saya berkorban walaupun kawan-kawan kata mahal, bagi saya tidak.. balik dari program itu saya buat business  offline  menjual  baju, sim kad dan kuih raya, tetapi tidak menjadi...  Semasa MMM saya dapat enam tiket  Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) untuk June 2014.  

            Dengan program IMKK selama 4 hari itulah  banyak menyedarkan saya kenapa dan mengapa apa yang saya  buat selama ini  tidak menjadi, banyak kesilapan yang telah saya lakukan.  Program Dr Azizan telah memberitahu saya apa kesilapan dan kelemahan saya selama ini. 
  
Tiada sesiapa selama ini yang menasihat dan membantu bila kita  gagal atau apabila semua kerja saya  tidak menjadi...

            Paling asas kita berniaga untuk apa?   Niat kita kena betul, Kita berniaga adalah untuk membantu orang lain menyelesaikan masaalah mereka dan menambah nilai kehidupan insan lain, bila itu kita dapat lakukan kita akan terpaksa jadi kaya.

          Selepas program IMKK  Kakak saya cadangkan saya buat business shaklee, sebab saya kerja, boleh buat online saja sambil-sambil...  Saya dok fikir lagi…
Pengalaman dengan bisnes MLM jatuh tersungkur ni perit rasanya….hinggalah saya terbaca buku e book Sorry boss  dari Empayar MFMS tu …yang entah macam mana  allah gerakan masuk dalam Email  saya……Saya google lagi membaca cerita-cerita mengenai Empayar MFMS ni…semua saya baca…memang menarik… 

         Dalam bulan yang sama saya juga jumpa SID Shaklee di kawasan saya tetapi tidak menarik sama dengan MLM lain yang saya sudah kenal dulu, kelebihan cuma SID ini dekat saja dengan tempat saya.

Saya  sembayang istiharah mohon pertunjuk darinya,  seminggu saya fikir lagi,  saya  ambil keputusan datang jumpa Master Maria. Saya tersangkut kesesakan dua jam maklumlah dekat hari raya aidilfitri, banyak halangan lagi yang menguji saya.

Selepas itu  saya masih belum mendaftar lagi untuk keahlian.

              Saya bersyukur kerana pilihan tidak sengaja terpijak masuk dalam  Empayar MFMS The most HEPPENING shaklee group. Dulu guru-guru berpesan jika nak belajar biar dalam kumpulan. Berjemaah adalah lebih pahala kan??

Saya tertarik cara Master Firdaus coaching saya dan anak saya hari itu,  nampak keikliasan membantu tiada paksaan untuk mendaftar.   Memandangkan saya tahu produk shaklee bagus dan Empayar MFMS  is the best group. 

          Walaupun belum daftar keahlian  saya berterusan dapat email dari Master Maria  selama sebulan.    Bermula kehidupan saya dengan Shaklee, September 2014 saya daftar keahlian SID Shaklee jadi anak Master Maria. 

Saya masih belajar, saya ikut mentor yang sudah berjaya adalah paling penting untuk memastikan kita berjaya dengan izin allah.  Ini antara  fomula kejayaan yang di ajar dalam program Dr Azizan. 

Buat apa yang disuruh, post facebook dan buat blog, saya minta tolong orang  buat blog dan mulalah terkial-kial tulis blog,  kerja saya selepas ini ikut saja arahan. 

Tidak perlu pening fikir strategi ke ape ke hanya ikut saja.. Dalam Empayar MFMS sifat bantu membantu antara anak-anak seperti satu keluarga. semua yang diberi secara percuma tidak ternilai rasanya. .

              Ini cabaran adalah pengalaman baru saya selama  ini saya tahu dunia offline dan bagi saya marketing itu perlu dilakukan dengan berjumpa orang.

Pengalaman mengonlinekan diri pada mulamya agak janggal tetapi saya terima untuk satu ilmu yang baru.. bila sudah busy online, banyak pula nak kena belajar dan belajar. 

Untuk ikut perkara berat yang saya lakukan ialah turun ketahap paling rendah, buang sikap ego perasaan malu bertanya dan paling mencabar bila menerima kritikal dan tempias..

              Kerja saya dengan shaklee bermula jam 10 malam hingga 1 pagi dan hari cuti, saya tahu bekerja full time banyak kekangan masa,  jadi saya perlu atur jadual saya supaya saya tidak tertinggal dari menjadi "famous" didalam alam maya.  Saya harus pastikan saya mengonlinekan hidup saya.

Bila pergi ke branch kita lihat ramai SID dan mereka yang hebat-hebat jadi semangat saya tidak berhenti berkerja mengonlinekan diri.  Saya perlu jadi macam mereka.,...  

Walaupun ramai SID Shaklee, masih besar lagi pasaran yang belum disentuh dan  ramai yang tidak tahu apa itu Shaklee.

           Yang menarik lagi ada dalam Empayar  MFMS ada Master Checklist. yang diberi untuk di amalkan. Kekuatan fizikal hebat seperti ini ialah kerana pengisian rohani saya, kekuatan fizikal saya dapat dengan bangun awalan  pagi mulakan dengan allah dan akhiri dengan allah pergantungan secara total dan hak milik kekal adalah kerananya semata-mata.

Syukur sangat bila kerja "menjaja" diri saya untuk ramai tahu keujudan saya sebagai SID Shaklee perjuangan  yang berterusan ini sehingga saya tidak pernah kata TIDAK.  

             Saya ingin menukar anggapan saya yang selama ini merasa diri yang salah sebab tidak berusaha sebenarnya banyak factor lain juga yang menyumbang kepada kerjayaan selain dari usaha......
Macam nilah usaha langgar tiang tidak sama dengan usaha panjat tiang....  

Pengajaran yang saya dapat terlampau banyak.  Apa yang saya boleh kongsikan:

JANGAN BERHENTI BEKERJA dan jangan pernah mengalah walaupun dah nak masuk hujung bulan. Pada saya kita bukan tuhan nak tentukan bila rezeki boleh dapat. Patutkah aku tangguh sebab dah hujung bulan.  Buat sales bulan depan lah...  Siapa kita nak persoalkan rezeki itu?

PATUH  DAN AKUR - saya budak baru pengalaman yang saya ada sebelum ini mungkin releven atau mungkin saya syok sendiri.  jadi bak Hattan dan waris " jangan mudah dipertikai tak tahu tanya dulu, jangan gomar memandai mandai " jalan yang disediakan itu dah cantik ikut saja.

PENGANTUNGAN  SECARA TOTAL DENGAN ALLAH - kalaulah boleh saya uraikan bagimana prosesnya, saya akan kongsi tapi  tiada kata-kata terbaik untuk saya ceritakan bagaimana penyerahan secara total ini.  
Dia umpama perasaan sabar yang kita tidak boleh ninta dan minta tapi kena praktis dan praktis.  Ha itulah tu tapi itulah yang saya perlu praktiskan semasa dibawah team MFMS family sendiri adalah penentu kejayaan seseorang tapi tunjang utama ialah dia yang esa.

Untuk pengetahuan semua ini adalah satu-satunya networking yang saya join mengutamakan hal hal akhirat bukan kerana kereta BMW atau rumah mewah atau pakej pelancongan ke luar negara. 
Selalunya material gambaran awal untuk tarik orang masuk berbusiness dengan mereka.  

Bagi saya master checklist itulah yang membuat hati saya terus melekat terpikat dan business dengan shaklee nampak indah dan mudah.

Saya yakin dengan master cheklist itu mampu membawa kerjayaan yang besar untuk saya dan anda semua.

Saya akhiri luahan rasa saya dengan doa yang saya panjatkan kepadanya. 

" Andai ini adalah jalan untuk aku rapat  dengan MU kau permudahkan dan lapangkanlah perjalanan business ini untukku " 

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.  

Saya doakan anda semua diberikan allah peluang untuk merasa nikmat yang sedang anda niamati.

Terima Kasih..

Amin Ya Rabalalamin 

Saturday, September 13, 2014

TIP UNTUK DIDIK ANAK-ANAK

BAGAIMANA UNTUK DIDIK SI MANJA ANDA BERADAB !!!!!

ASSALAMUALAIKUM ...

Salam buat semua harap sudi untuk luangkan masa membaca coretan saya ini...

Saya terfikir untuk menulis ini .... bila saya hadir kursus keibubapaan LPPKN dan semasa  berkongsi cerita dengan kawan saya mengenai anak-anak zaman ini. 

ADAB UNTUK ANAK-ANAK

Hubungan silatulrahim antara seseorang individu dengan orang lain mengeratkan persaudaraan sesama ugama.  Syariat menentukan bahawa adab-adab sosial ini perlu ditanam dan disemai di peringkat kanak-kanak lagi agar kesebatian hubungan silaturahim berakar umbi di hati mereka.

Adab Terhadap Ibu bapa

Pengorbanan ibu bapa melahirkan, mengasuh, membimbing, dan membesarkan anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi .. Tiada ganjaran wang ringgit dan harta benda yang dapat membalas jasa mereka..
Jestru bagaimana menghormati ibu bapa dan orang lain yang ada kaitan dengan mereka seperti datuk, nenek dan saudara mara maka kita dianjurkan sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mereka.

Didikan Awal ibu bapa kepada anak-anak

- Sering merujuk dan meminta nasihat ibu-bapa dalam menangani masalah kehidupan hari ini.
- Ajarlah kepada mereka sentiasa menziarahi ibu bapa atau jiran tetangga terutama ketika mereka uzur dan 
   sebagainya.

Adab terhadap guru

Para ibu bapa juga diingatkan supaya mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk menghormati guru. 
Guru-guru yang menabur jasa memberi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak muridnya memang sepatutnya dihormati.

Lebih-lebih lagi guru agama dan alim ulama yang mengajar dan membimbing dalam soal-soal akidah, hukum hakam agama, ibadah dan berkaitan dengan akhirat..

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

Pelajari ilmu, pelajari ketenangan dan kesopanan dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya (guru)

Adab dengan rakan, jiran dan tetamu

- Memilih sahabat atau teman yang baik akhlak dan budi perkertinya.
- Memberi salam dan menjawab salam apebila berjumpa.
- Memenuhi undangan jika dijemput.
- Menziarahi ketika sakit.
- Memberi bantuan ketika dalam kesusahan
- Tidak sesakali menyakitkan hatinya
- Berikan layanan yang sewajarnya kepada tetamu yang datang kerumah kita.

Firman allah AWT, dalam surah ai-nisa ayat 36 maksudnya

Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, tetangga dekat dan jauh , teman sejawat dan orang yang berjihad.

Dengan kenyataan ini dapat kita lihat betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak.  
Anak-anak yang mendapat didikan ini akan memiliki kesihatan dan jasmani, kemuliaan akhlak dan 
berperwatakan yang disukai ramai.

Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat

Ya allah . berikan kami kebahagian di dunia dan berikan juga kepada kami kebaikan di akhirat, jauhkan kami daripada azab api neraka mu ...Amin.

Sunday, September 7, 2014

ADUHAI SI MANJAKU SAYANG,,, NAK TAU RAHSIA ANAK SAYA SIHAT???????

Saya mengenali produk Shaklee sejak saya berada di negeri Cik Siti Wan Kembang,..tahun 2000 …masa itu saya bertugas disana, semasa mengandung anak bungsu saya...Dua rakan sekerja saya ni aktif buat jualan  offline ….

Yang seorang tu rasanya  dah master kot… saya pun tak faham dan tak minat nak ambil tahu masa tu ….saya tau  order  dan guna barang jer…. Tak minat nak jadi ahli pun… ego kot…beratus2 saya  habis duit beli untuk guna sendiri…masa tu tak adapun diberitahu set khas macam sekarang..…ke sebab saya tak nak ambil tahu ..…nasihat pun sikit jer…dia beritahu cara makan jer…

Selepas lahirkan anak bungsu saya ni… dia fully breast feeding… tak nak langsung nak minum campur susu formula… saya dah nak mula kerja… rungsing juga … saya buat stock susu tapi dia tak nak hisap guna botol or guna sudu…pengasuh boleh sabar seminggu jer lepas tu tak nak mengasuh dah… mana leh tahan asyik meragam  menangis jer....tak tau nak pujuk dah…..

Dalam masa ni suami jauh bertugas di Penang… mau tak mau bawa anak ke nursery tempat kerja….tiap kali menangis staf nursery akan call untuk datang menyusu… hingga ia berumur 6 bulan…

Lalu kawan saya suggest untuk ambil Mealshakes Shaklee ….saya cuba walaupun mahal RM150/tin…bukan ahli …dulu dalam tin …lebel aje sama … perubahan teknologi …allhamdullilah .. nak pulak dia walaupun mula-mula susah juga..
Itulah kenangan lalu..

 Sekarang dia dah usia 14 tahun allhamdullillah dia sihat dan pelajaran dia pun ok..Cuma manja je ..bongsu katakan … …semua abang2 dia kata adik sorang saje minum susu mahal …

Masa nak tukar balik ke Penang 2004  kawan ada suggest suruh saya jadi pengedar kat Penang… saya sekali lagi menolak …lagipun saya tak ramai kenalan lagi kat sini masa tu…tak nak bisnes macam dah serik kot .. dengan bisnes yang pernah buat semasa di sana… buat bisnes tak der ilmu  …

Selepas saya hadir MMM saya ade juga dengar dealer Shaklee dok kata mereka dapat pendapatan RM 5k…6k sebulan…. lepas MMM saya try macam-macam bisnes …ada orang yang offer untuk jadi ahli Shaklee sebelum  saya jumpa master Maria ….

Tapi tak menarik minat saya untuk daftar lagi…… akhirnya saya tertarik dengan e-book  sorry boss saya   terpaksa  berhenti kerja yang dihantar oleh empayar Maria Firdaus  ke e-mail saya……saya baca hingga habis… mungkin saya juga akan buat begitu tahun 2015..
Insyallah  Saya terus ambil no.call dan terus saya pergi jumpa Master Maria  dan akhirnya  daftar jadi ahli dibawah empayar MFMS….

Pengalaman saya menggunakan mealshakes Shaklee untuk anak saya … allhamdullillah …dari usia 6 bulan sehingga sekarang masalah deman,  selesema …. masalah kulit dan hal kesihatan sikit-sikit  tak ade….kalau deman pun 2 -3 hari dah ok…dia ni tak banyak kerenah untuk saya uruskan ….…

Mealshakes terbaik untuk Simanja … terutama yang tak nak makanan tambahan dan ade masaalah berat badan dan selalu selesema   ….
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang ada masalah ,bila anak2 sakit kita jadi serba-salah..kadang-kadang sakit pun terpaksa hantar anak ke taska….selalu kena ambil cuti …kerja kita terganggu…bos akan marah-marah kawan2 ade yang  sindir2 sebab asyik kena tanggung tugas kita….lama2 kita jadi tension… balik rumah anak2 kekadang jadi mangsa kemarahan  kita…

Kalau kita boleh habiskan bajet sebulan untuk  beli baju mahal-mahal , tudung, barang mekup …dan handphone yang latest …

Susu MealShakes hanya RM 100 jer…

Perlaburan untuk anak kita….masa kecil ini lah kita perlu sediakan supplement yang terbaik untuk badan dan otak anak kita tu…
Ini peluang Shaklee bagi offer

                                    Buy  Mealshakes  3 dapat free 1…



Hubungi :

Wan Latifah Wan Ismail
hafa5012@gmail.com

Call / WhatsApp /Telegram
                                               0105435012 / 0195106176

Monday, September 1, 2014

KAMI PERIHATIN....

Assalamualaikum…..
Wahai  insan-insan  yang  diberi kurniaan Allah Sihat….
Anda yang sedang meneliti setiap petikan kata di halaman ini. Disini kita kongsi strategi utama   tentang penjagaan kesihatan.
Artikel ini  akan berkongsi teknik  dan strategi untuk kekal kurus dan sihat. Sekiranya kita kurus tetapi sakit nak buat apa baik gemuk tetapi sihat. Semua yang diperihalkan bersandarkan teori serta pengalaman saya dan rakan-rakan untuk tatapan buat insan sihat yang bergaya. Tugas anda mudah saja iaitu :-
·         Faham
·         Hadam
·         Praktik
Ketiga-tiga gabungan elemen ini disatukan  akan mencipta satu gelombang aura yang positif yang mampu membuatkan anda sihat dan berjaya . Percayalah anda layak untuk ditakdirkan sihat dan berjaya dalam hidup anda sendiri. Siapkan ruang dalam hati dan kosongkan minda anda seketika untuk meresap maklumat yang berguna ini.

Harapan hanya satu iaitu mewujudkan suatu kehidupan yang mantap iaitu  gaya hidup sihat disamping membantu ramai  untuk mengawal berat badan mereka sebelum bergelar obesiti.
       Perangkaan peratusan yang terbaru mengenai masalah kesihatan  dikalangan rakyat Malaysia kian meningkat dari tahun ke tahun terutama Obesiti dan Diabetis .      
         Terbaru Info Kementerian Kesihatan Malaysia 3 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit Diabetis maknanya setiap 10 orang rakyat Malaysia seorang adalah pesakit Diabetis.  Sebulan yang lalu  kita menyambut hari raya. Kita boleh buat kajian setiap tahun peningkatan kehadiran pesakit ke hospital dan kemasukan kedalam wad pesakit-pesakit terutama Diabetis selepas setiap kali musim perayaan  .  Orang tidak akan bercakap bila tiada kejadian berlaku. Kenapa raya pula?
  Mari saya perjelaskan. ketika musim perayaan makanan adalah konsep utama sanak saudara datang berkunjung, tidak kira la jauh atau pun dekat. Kita akan menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita kerana budaya itu sudah menjadi adat ataupun adab menerima tetamu. Lagi banyak rumah yang kita kunjungi lagi banyak kita akan menjamah makanan. Tetapi pernah kita berkata kepada tuan rumah ‘air sirap, kurang manis ye’ ataupun ‘ kek tak mahu gula banyak ye’. Mungkin ada yang cakap tapi segelintir sahaja yang mampu mengucapkan demikian kerana mahu menjaga hati tuan rumah, biarlah manis macam mana pun seteguk tetap ditelan secebis tetap dimakan. Ramai yang masih kurang kesedaran mengenai masalah gula dalam kehidupan kita.   Gula tidak salah Cuma yang salah cara kita gunakan dan sukatan yang perlu itu     
Gula hanya diperlukan oleh badan  adalah untuk lelaki 12 sudu teh sehari dan wanita hanya 10 sudu teh sehari . 

 ‘Tidak peduli maut menanti’ ,slogan yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan ini amat  memberi seribu makna kepada sesiapa sahaja yang benar-benar memahami maksud sebenarnya. Ramai di kalangan kita tidak begitu memahami apa konsep sebenar kehidupan yang dilalui olehnya. Kenapa begitu? Tengok diri sendiri disitu ada jawapannya. Antara sebab saya berkata demikian di Malaysia khususnya  merupakan syurga  makanan. Cakap saja nak makan apa semuanya ada . Kata mereka ‘ tak pe- tak pe ambik aje, sok kita mati dah kempunan’ , mereka tidak perasan bahawa kata dan perbuatan tersebut  yang menempah maut,.........      walaupun kita tidak tahu bila akhir hayat kita . ……………

Kalau dah muncul tajuk akhbar macam ni tak sedar lagi ke kita tentang masalah yang dihidapi. Saya kisahkan kerana saya pedulikan orang yang ingin saya bantu. Saya berasa sedih bila saya lihat insan-insan obesiti  dan yang telah mengidap Diabetis dan berisiko untuk mendapat Diabetis….

  • Banyak masalah yang dihadapi oleh orang-orang Obesiti ini tetapi tidak bertindak:

·         Mereka menghadapi masalah pergerakan,
      Bagi remaja akan mengadapi masalah untuk mendapatkan kawan atau pasangan.
·         Mereka juga menghadapi masalah untuk pemilihan saiz  pakaian dll
·         Masalah untuk mendapatkan pekerjaan sekarang kebanyakan akan merekodkan BMI anda
·         Mereka juga menghadapi masalah kesihatan , seperti tekanan darah tinggi , penyakit jantung , Kolestrol tinggi ,penyakit kulit , masalah tidur berdengkur , Sleep Apnea dan berbagai lagi..

·         Bagi mereka yang mengidap Diabetis pulak akan berisiko mengalami  paras gula dalam darah  terlalu rendah   / terlalu tinggi tidak stabil , yang akan menyebabkan mereka akan pengsan  .  Masalah mata rabun, masalah kencing kerap , kalau luka susah nak baik  kemungkinan  akan hilang sebahagian anggota badan…. Mendapat kebas -kebas dimana hilang deria rasa hujung  tangan dan kaki  ….


Bagaimana ??????   
Cuba renungkan  dan sebenarnya anda boleh mengelakkan dari semua ini berlaku kepada anda…..



Kami  ingin membantu  anda. yang mempunyai masalah-masaalah  ini..

Ingin info lanjut dan ingin mendapat maklumat lanjut dan nasihat
kesihatan bagaimana penyelesaian yang  sesuai untuk anda dan keluarga ?



Hubungi :

Wan Latifah Wan Ismail
hafa5012@gmail.com

Call / WhatsApp /Telegram
                                               0105435012 / 0195106176




Blog