Assalamualaikum…..
Wahai
insan-insan yang diberi kurniaan Allah Sihat….
Anda
yang sedang meneliti setiap petikan kata di halaman ini. Disini kita kongsi strategi
utama tentang penjagaan kesihatan.
Artikel
ini akan berkongsi teknik dan strategi untuk kekal kurus dan sihat. Sekiranya
kita kurus tetapi sakit nak buat apa baik gemuk tetapi sihat. Semua yang
diperihalkan bersandarkan teori serta pengalaman saya dan rakan-rakan untuk
tatapan buat insan sihat yang bergaya. Tugas anda mudah saja iaitu :-
·
Faham
·
Hadam
·
Praktik
Ketiga-tiga
gabungan elemen ini disatukan akan
mencipta satu gelombang aura yang positif yang mampu membuatkan anda sihat dan berjaya
. Percayalah anda layak untuk ditakdirkan sihat dan berjaya dalam hidup anda
sendiri. Siapkan ruang dalam hati dan kosongkan minda anda seketika untuk
meresap maklumat yang berguna ini.
Harapan
hanya satu iaitu mewujudkan suatu kehidupan yang mantap iaitu gaya hidup sihat disamping membantu ramai untuk mengawal berat badan mereka sebelum
bergelar obesiti.
Perangkaan peratusan yang
terbaru mengenai masalah kesihatan dikalangan rakyat Malaysia kian meningkat dari
tahun ke tahun terutama Obesiti dan Diabetis .
Terbaru
Info Kementerian Kesihatan Malaysia 3 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit
Diabetis maknanya setiap 10 orang rakyat Malaysia seorang adalah pesakit
Diabetis. Sebulan yang lalu kita menyambut hari raya. Kita boleh buat
kajian setiap tahun peningkatan kehadiran pesakit ke hospital dan kemasukan
kedalam wad pesakit-pesakit terutama Diabetis selepas setiap kali musim
perayaan . Orang tidak akan bercakap bila tiada
kejadian berlaku. Kenapa raya pula?
Mari saya perjelaskan. ketika musim perayaan
makanan adalah konsep utama sanak saudara datang berkunjung, tidak kira la jauh
atau pun dekat. Kita akan menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang
berkunjung ke rumah kita kerana budaya itu sudah menjadi adat ataupun adab
menerima tetamu. Lagi banyak rumah yang kita kunjungi lagi banyak kita akan
menjamah makanan. Tetapi pernah kita berkata kepada tuan rumah ‘air sirap,
kurang manis ye’ ataupun ‘ kek tak mahu gula banyak ye’. Mungkin ada yang cakap
tapi segelintir sahaja yang mampu mengucapkan demikian kerana mahu menjaga hati
tuan rumah, biarlah manis macam mana pun seteguk tetap ditelan secebis tetap
dimakan. Ramai yang masih kurang kesedaran mengenai masalah gula dalam
kehidupan kita. Gula tidak salah Cuma
yang salah cara kita gunakan dan sukatan yang perlu itu
Gula hanya diperlukan oleh badan
adalah untuk lelaki 12 sudu teh sehari dan wanita hanya 10 sudu teh sehari
.
‘Tidak peduli maut menanti’ ,slogan
yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan ini amat memberi seribu makna kepada sesiapa sahaja
yang benar-benar memahami maksud sebenarnya. Ramai di kalangan kita tidak
begitu memahami apa konsep sebenar kehidupan yang dilalui olehnya. Kenapa
begitu? Tengok diri sendiri disitu ada jawapannya. Antara sebab saya berkata
demikian di Malaysia khususnya merupakan
syurga makanan. Cakap saja nak makan apa
semuanya ada . Kata mereka ‘ tak pe- tak pe ambik aje, sok kita mati dah
kempunan’ , mereka tidak perasan bahawa kata dan perbuatan tersebut yang menempah maut,......... walaupun kita tidak
tahu bila akhir hayat kita . ……………
Kalau
dah muncul tajuk akhbar macam ni tak sedar lagi ke kita tentang masalah yang dihidapi.
Saya kisahkan kerana saya pedulikan orang yang ingin saya bantu. Saya berasa
sedih bila saya lihat insan-insan obesiti dan yang telah mengidap Diabetis dan berisiko untuk
mendapat Diabetis….
- Banyak masalah yang dihadapi oleh orang-orang Obesiti ini tetapi tidak bertindak:
· Mereka menghadapi masalah pergerakan,
Bagi remaja akan mengadapi masalah untuk
mendapatkan kawan atau pasangan.
·
Mereka
juga menghadapi masalah untuk pemilihan saiz pakaian dll
·
Masalah untuk mendapatkan pekerjaan sekarang
kebanyakan akan merekodkan BMI anda
·
Mereka juga menghadapi masalah kesihatan , seperti
tekanan darah tinggi , penyakit jantung , Kolestrol tinggi ,penyakit kulit ,
masalah tidur berdengkur , Sleep Apnea
dan berbagai lagi..
·
Bagi mereka yang mengidap Diabetis pulak akan
berisiko mengalami paras gula dalam
darah terlalu rendah / terlalu
tinggi tidak stabil , yang akan menyebabkan mereka akan
pengsan . Masalah mata rabun, masalah
kencing kerap , kalau luka susah nak baik
kemungkinan akan hilang sebahagian anggota
badan…. Mendapat kebas -kebas dimana hilang deria rasa hujung tangan dan kaki ….
Bagaimana
??????
Cuba
renungkan dan sebenarnya anda boleh mengelakkan dari semua ini berlaku kepada anda…..
Kami
ingin membantu anda. yang mempunyai masalah-masaalah ini..
Ingin
info lanjut dan ingin mendapat maklumat lanjut dan nasihat
kesihatan
bagaimana penyelesaian yang sesuai untuk
anda dan keluarga ?
Hubungi :
Wan Latifah Wan Ismail
hafa5012@gmail.com
Call
/ WhatsApp /Telegram
0105435012 / 0195106176
No comments:
Post a Comment