Saturday, September 13, 2014

TIP UNTUK DIDIK ANAK-ANAK

BAGAIMANA UNTUK DIDIK SI MANJA ANDA BERADAB !!!!!

ASSALAMUALAIKUM ...

Salam buat semua harap sudi untuk luangkan masa membaca coretan saya ini...

Saya terfikir untuk menulis ini .... bila saya hadir kursus keibubapaan LPPKN dan semasa  berkongsi cerita dengan kawan saya mengenai anak-anak zaman ini. 

ADAB UNTUK ANAK-ANAK

Hubungan silatulrahim antara seseorang individu dengan orang lain mengeratkan persaudaraan sesama ugama.  Syariat menentukan bahawa adab-adab sosial ini perlu ditanam dan disemai di peringkat kanak-kanak lagi agar kesebatian hubungan silaturahim berakar umbi di hati mereka.

Adab Terhadap Ibu bapa

Pengorbanan ibu bapa melahirkan, mengasuh, membimbing, dan membesarkan anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi .. Tiada ganjaran wang ringgit dan harta benda yang dapat membalas jasa mereka..
Jestru bagaimana menghormati ibu bapa dan orang lain yang ada kaitan dengan mereka seperti datuk, nenek dan saudara mara maka kita dianjurkan sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mereka.

Didikan Awal ibu bapa kepada anak-anak

- Sering merujuk dan meminta nasihat ibu-bapa dalam menangani masalah kehidupan hari ini.
- Ajarlah kepada mereka sentiasa menziarahi ibu bapa atau jiran tetangga terutama ketika mereka uzur dan 
   sebagainya.

Adab terhadap guru

Para ibu bapa juga diingatkan supaya mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk menghormati guru. 
Guru-guru yang menabur jasa memberi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak muridnya memang sepatutnya dihormati.

Lebih-lebih lagi guru agama dan alim ulama yang mengajar dan membimbing dalam soal-soal akidah, hukum hakam agama, ibadah dan berkaitan dengan akhirat..

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

Pelajari ilmu, pelajari ketenangan dan kesopanan dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya (guru)

Adab dengan rakan, jiran dan tetamu

- Memilih sahabat atau teman yang baik akhlak dan budi perkertinya.
- Memberi salam dan menjawab salam apebila berjumpa.
- Memenuhi undangan jika dijemput.
- Menziarahi ketika sakit.
- Memberi bantuan ketika dalam kesusahan
- Tidak sesakali menyakitkan hatinya
- Berikan layanan yang sewajarnya kepada tetamu yang datang kerumah kita.

Firman allah AWT, dalam surah ai-nisa ayat 36 maksudnya

Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, tetangga dekat dan jauh , teman sejawat dan orang yang berjihad.

Dengan kenyataan ini dapat kita lihat betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak.  
Anak-anak yang mendapat didikan ini akan memiliki kesihatan dan jasmani, kemuliaan akhlak dan 
berperwatakan yang disukai ramai.

Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat

Ya allah . berikan kami kebahagian di dunia dan berikan juga kepada kami kebaikan di akhirat, jauhkan kami daripada azab api neraka mu ...Amin.

No comments:

Post a Comment

Blog