Sunday, May 10, 2015

MOTIVASI DIRI : KECIL DAN SEDIKIT TETAPI BERMANFAAT



BUAL BICARA WANG  RM100  DAN WANG RM1

10 Mei 2015 at 9.57am

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini, saya mendoakan anda diberi allah kesejahteraan di dunia dan akhirat,

Anda sedia ketahui wang RM100 dan RM1 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia.  Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan sama cantik, keras dan berbau wangi.

Nak cerita alkisah mereka ini.

Mereka di bawa keluar dari tempat itu dan mereka terpisah.    Mereka di bawa keluar dari bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

Beberapa bulan kemudian mereka berjumpa lagi dengan tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.     Maka terjadilah perbualan di antara kedua-dua wang tersebut.


RM100 bertanya kepada RM1. "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

Lalu RM1 menjawab. "Kerana selepas aku keluar dari bank aku terus sampai ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca. Penjual sayur,Penjual Ikan dan ditangan Pengemis.

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100, " kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, " kerana selepas aku dibawa keluar dari bank, aku terus di sambut perempuan cantik, dan aku singgah ke restoron mahal, di pavillion dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi, " pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah, Kenapa?"


RM1 pun berkata lagi, " Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, Tetapi aku selalu singgah dirumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim,

Akhirnya , menangislah RM100 kerana sombong dengan kehebatannya,dan nilai yang tinggi tetapi begitu bermanfaat selama ini.  

Jadi renungkan dan fikir-fikirkanlah.

Terima Kasih 

Wan Latifah Wan Ismail ( Wafaisma)
Facebook : wafaisma Shoppie
FB page: Tip sihat sihat dot com
Web: http://toneexcel.biz/?id=286538 





No comments:

Post a Comment

Blog