Tuesday, November 18, 2014

KENAPA PAYAH SANGAT NAK KURUS ?????



MEMBONGKAR SEBAB  UTAMA PROGRAM DIET GAGAL ??????? 

Assallamualaikum. 

Saya doakan  anda semua di beri allah kehidupan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat.

Hari ini saya nak berkongsi sedikit kisah silam mengenai  kegagalan saya sebagai panduan kita semua. Semoga dapat di manafaatkan..

SEBAB-SEBAB PROGRAM DIET SAYA GAGAL DAN GAGAL LAGI !!!!

TAPI KENAPA?????

Ada beberapa faktor utama kenapa ianya gagal ......

1. Diri sendiri

Setiap kali gagal saya muhasabah diri., kenape dan mengapa ianya terjadi?

Setiap sesuatu itu berlaku semestinya ada puncanya.  saya tanya pada diri apa yang telah saya lakukan untuk capai kejayaan itu.

Masaalah yang utama kerana saya adalah sebab kurang berdisplin.
Semua ini datang dalam diri saya sendiri tiada  alasan dan halangan untuk kita berjaya...

nampak simple tapi itulah yang saya buat dan selalu lupa.

2  Tiada ilmu pengetahuan.  

Selama ini saya kata nak berjaya..... .nak kaya..... . nak kurus.... .tapi main redah sahaja....
buat aje...ikut selera hati ..asalkan berjaya dapat sesuatu....cth kurus...lama mana nak dapat tu ? Tiada taget untuk pencapaian itu...

Mereka sebenar  tidak berjaya pun...lebih ramai yang gagal jer...
kemudian stress dan rasa kecewa sangat sangat.

Itulah nak kurus bersenam  work out ,seat up ( nak kempis perut konon ) tapi tak berdisplin dan tak ada ilmu dan tak cari ilmu untuk jadi kurus..


Banyak pendedahan tentang ilmu kursus ini...pi  join group  dan   kursus....
Yang mana di dalam group ini mereka mengajar  bagaimana untuk kurangkan berat badan dari sebab-sebab OBESITI juga pemakanan  dan macam mana untuk jadi kurus  jadi cun dan tegar...

3. Faktor emosi dan stress


Ini yang sesetengah orang lakukan..bila jiwa emosi tidak stabil ia akan mempengaruhi akal sedar supaya melakukan sesuatu yang luar tindakan ...ini bahaya ...Nasib saya tidak la sehingga  jadi begini.....

Ada setengah bila perasaan stress datang membuak-buak ia akan transfer emosi negatif ini kepada makanan.

Mereka akan makan dan makan pelbagai jenis makanan yang jarang diambik dengan kuantiti yang banyak.
Seolah-olah melepaskan geram pada udang, sotong ,pizza dan kfc semua yang tak bersalah...

Makanan special baking chocolate moist, puding ,trifle ,makanan berkuah seperti kuey tiaw ladna , behoon sup dan banyak lagi.....

Selain makan kat luar ....masak kat rumah tapi bila orang lain kurang makan ...makanan tak terhabis....  diri sendiri kena jadi  tukang habiskan...sayang makanan elak pembaziran...makin stress  ler...

Begitu juga kat jamuan di pejabat atau mesyuarat....rezeki siapa nak habiskan...itu pon jadi cerita...

Alhamdullilah..... murah rezeki ....hakikat nya tak tau merana diri dikemudian hari.


4. Diet tidak seimbang.

Nak kurus tetapi cara pengambilan makanan tidak betul. 

Ramai diantara kita yang membuat kesilapan begini.  Pagi-pagi makan nasi lemak , nasi kerabu atau nasi goreng...... Kononnya Sarapan pagi penting... kalau skip nanti sakit.. ..gastrik ???

Yang mana kita dah tahu kalori makanan ini tinggi...Ambik juga...sekali-sekala???  Ini alasannya..


Perlu buat semakan mengenai makanan kita dan perlu tahu apa itu KALORI ?   BMI?  METABOLISMA?  Ini semua berkaitan.

Kebanyakan mengambil mengambil makanan ini dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Ingatkan sekali makan sehari tidak menjadi masaalah..... boleh kurus sebab ambik nasi sekali sehari sahaja.

Kita kena tahu metabolisma sendiri..... sebab itu tidak kurus ...metabolisma badan dah lemah...

Kita kena makan ikut masa yang teratur... jika tidak perut tidak dapat proses dengan elok ... ini akan menyebabkan Gastrik .  Ini menyusahkan diri sendiri.

Badan kita pun tidak suka tekanan... ia perlu rehat...

Bayangkan disaat badan sepatutnya makan makanan ringan sahaja ...kita hulurkan dengan makanan berat dan banyak???  Ambil serentak... Apa akan terjadi ???? Terkejut perut kita....

Dalam Islam pun diwajibkan berpuasa... di bulan Ramadhan untuk merehatkan sistem pencernaan setahun sekali.... dan bagus berpuasa pada Isnin dan Khamis. Jadikan amalan...

5. Syok Sendiri

Perasaan cantik sangat ?  Kurus dah ?  Comel ke ? 

Tak salah jika seiring dengan tindakan.  

Rasa dah kurus makan sikit aje dah kurus dah ni....hakikatnya badan makin membulat.....

Ini sahaja  masaalah-masaalah  yang selalu berlaku mempengaruhi program kita untuk kuruskan badan.


Semoga entry ini memberi manfaat kepada semua 

Sekian , salam bahagia dan salam ceria-ceria selalu dari saya.

Hebatkan matlamat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat,

INGIN DAPAT SUPPLEMEN YANG SESUAI UNTUK ANDA DAN INSAN TERSAYANG???
INGIN JANA PENDAPATAN 3,4,5 ANGKA SEBULAN , HANYA DUDUK DI RUMAH ????

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE AND BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Shaklee ID : 1165790
Call / SMS / WhatsApp /Telegram : 0105435012
hafa5012@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Blog