CIRIT BIRIT PEMAKANAN MACAM MANA ?????
Assalamualaikum,
Saya mendoakan anda semua diberi allah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Hari ini saya akan mengupas terapi pemakanan untuk masalah cirit-birit ..
Apabila cirit birit melanda .....adoi antara kita hanya pasrah dan menehan sakit memulas.....
Yang prihatin akan terus ke ke klinik untuk rawatan,.... ada juga hanya pergi ke farmasi atau tabib cina ... Pil herba Cina ...Mak saya pernah ubatkan kami masa kecil-kecil dulu...
Di sini saya ingin bercerita sikit proses yang terjadi dengan makanan yang kita ambil seharian semoga ianya dapat membantu anda untuk menangani masaalah ini .
Makanan kita yang tercerna akan bergerak melalui usus dan membawa bersama cecair, jadi apabila sampai di kolon ( usus ) , tekstur sisa akan menjadi berair ,cecair berlebihan ini akan diserap semula masuk melalui kolon.
Tetapi apabila terdapat ransangan dari bakteria atau virus yang menggangu proses, dinding usus akan meradang menjadikannya sukar untuk menyerap lebihan air pada sisa. Hasilnya terjadilah masaalah cirit-birit.
Dapatkan nasihat doktor jika cirit-birit berterusan selama dua hari atau lebih.
Sebab jika mengalami cirit-birit berdarah atau kehilangan banyak air melebihi kemampuan anda untuk minum ini tanda-tanda membahayakan ,terutamanya bagi kanak-kanak dan individu yang beumur/warga emas.
Jadi Preskripsi makanan boleh membantu anda :
Cirit-birit akan mengurangkan kandungan air dalam badan dan seterusnya menyebabkan dehidrasi. Pengambilan airyang mencukupi akan menggantikan air yang hilang
Begitu juga dengan cecair jernih yang lain seperti jus epal, sup yang juga akan mengantikan garam dan mineral yang hilang.
Sasaran bermula dengan pengambilan beberapa teguk cecair dan teruskan dengan pengambilan secawan setiap setengah jam.
Teh membantu badan menyerapkan cecair sementara mengurangkan keradangan pada salur usus.
Pastikan air teh yang disediakan tidak terlalu panas, kerana air panas akan merangsangkan pengecutan usus. Ini yang selalu dilakukan oleh orang-orang dulu-dulu.
Pilih teh yang mengandungi teh sebenar bukan sekadar perisa, serta teh yang kurang kafien. ini kerana kafien menyebabkan dehidrasi yang teruk.
Sasaran 3 -4 cawan sehari.
Apabila cirit -birit berterusan selama berhari-hari, ia akan mengganggu keseimbangan elektrolit badan terutamanya natrium dan kalium.
Minuman kecergasan mampu menggantikan elektrolit yang hilang tetapi ia tidak mengandungi natrium yang mencukupi untuk penyerapan maksima.
Ingatan ianya tinggi kandungan gula yang menyebabkan cirit-birit lebih teruk.
Pilih cecair rehidrasi oral yang boleh diperolehi di kaunter farmasi dan bukanlah minuman kecergasan seperti gatorade atau 100 plus.
Anda juga boleh menyediakan cecair rehidrasi sendiri dengan mencampurkan 1 liter air , 1/4 sudu teh garam, 1/4 sudu teh soda bikarbonat dan 2 sudu makan madu , kacau sehingga sebati
Sasaran : Gunakan cecair dehidrasi yang dibeli mengikut arahan yang diberikan.
Minum secara kerap untuk pengambilan 3 liter sehari
Nasi putih selalunya rendah kandungan serat, ia akan melambatkan cirit-birit.
Nasi juga akan membantu usus menyerap lebih banyak air , menghasilkan sisa yang lebih pejal.
Sasaran- makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sehidangan. ( ambil nasi yang lembut )
Pisang mudah dicerna, menjadi snek yang terbaik semasa menghadapi masaalah cirit-birit.
Pisang juga kaya kandungan kalium, kanji dan larut yang membantu menghasilkan sisa yang lebih pejal.
Sasaran 1-2 hidangan sehari.
Buah epal kaya kandungan pektin , iaitu sejenis serat larut.
Bagi mengurangkan kesan rangsangan usus, makan epal yang telah dikupas.
Sasaran 1/2 epal bagi setiap jam
- Yogurt dengan kultur hidup
Yogurt atau minuman yogurt berkultur mampu mencegah dan merawat cirit-birit yang disebabkan oleh bekteria :jahat".
Jika cirit-birit disebabkan oleh antibiotik yang membunuh kedua-dua bakteria baik dan jahat.
Adalah penting untuk mengantikan bakteria baik yang hilang.
Sasaran 1/2 cawan sua kali sehari
PERLU ELAKAN DARI
- Berhenti makan atau minum
Ketika episod cirit-birit, penyembuhan akan lebih perlahan jika kita menghadkan pengambilan makanan.
Cuba makan semampu mungkin, secara seimbangan dan jangan terlalu berpantang.
- Makanan tinggi lemak, gula dan kandungan sorbitol.
Lemak menyukarkan pencernaan dan gula pula menjadi ' makanan kegemaran bakteria.
Manakala sorbitol yang terkandung dalam makanan tertentu seperti mint dan gula-gula getah akan menyebabkan cirit-cirit berlanjutan.
Jika anda alahan laktosa produk tenusu , Gula dalam susu juga akan menyebabkan cirit-birit makin teruk meskipon tanpa alahan. Cuba minum susu soya sebagai alternatif.
- Alkohol, kafien dan tablet vitamin c
Alkohol dan kafien bersifat diuretik dan akan menyebabkan masaalah dehidrasi lebih teruk dos vitamin c yang tinggi ( sekitar ribuan miligram) akan merangsangkan cirit birit.
Ini saja yang ingin di kongsikan semoga manafaat untuk semua.
Semoga anda semua dikasihi dan disayangi allah, Insyallah.
Sila
like dan share jika ini memberi manafaat kepada rakan-rakan kat luar sana. Semoga anda semua dipermudah akan segala urusan dan menjadi insan bertakwa dunia dan akhirat.
Inginkan supplemen sesuai buat anda dan insan tersayang ?
Ingin menjana pendapatan sampingan 3,4,5 angka sebulan dengan duduk dirumah?
FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE AND BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!!
Shaklee ID : 1165790
Wan Latifah Wan Ismail
0105435012 [ SMS , WhatsApp, Telegram ]
hafa5012@gmail.com